Entahlah..sekarang ni bila tgk news mesti cerita politik yang jadi headlines.
Bukan apa, isu isu yang tak membina minda ni macam cendawan tumbuh lepas hujan.
Aku tak la follow sangat cerita cerita politik ni..malas nak komen.
Orang yang pandai politik lagi ramai kat luar sana yang boleh beri komen yang lebih bernas. Banyak malam aku just tumpang dengar aje cerita cerita news dari dapur kecik ku sambil basuh pinggan. Semalam aku tengok news sambil duduk kat sofa
Pertama kes main tarik tali pasal exco kat perak. Cerita ni pun dah makan dekat 5 minit..very the big issue! Kedua, keluar pulak cerita tabika kemas kat penang kena rantai. Memang la sedih tengok bebudak tu..tapi kalau dah sekolah kena rantai, balik la rumah dulu sampai mende ni settle..cikgu pun tak payah la buka tikar duduk bawah pokok di bawah terik panas matahari sambung kelas hari tu sampai pukul 11.30am!! perlu ker? Ni semua nak menimbulkan propaganda.
Aku tak belah mana mana pihak..aku neutral. Masa pilihanraya lepas aku pun tak turun mengundi sebab tempat aku mengundi pun kaki aku tak pernah jejak. Kat area bukit mana ntah kat bentong. Yess..aku dah tukar alamat ke melawati..so kena la make sure nanti alamat aku mengundi kat belah belah sini.
Ok..back to the story. Nampak cam channel tv tu pro satu parti tu je. Di buatnya cerita semua berbaur berat sebelah..dan isu isu yang tak membina.
Habis pasal kes tabika tu..keluar pulak cerita MB Selangor go ahead dengan projek Carrefour kat Kota Damansara. Alkisahnya baru aku tau semalam dari news..penduduk setempat tak setuju carrefour tu dibina kat area diaorg sebab khuatir gejala sosial akan menjadi jadi dan bertambah teruk! mmmm..seriusly this is my first time dengar orang berpikir bahawa dengan adanya carrefour masalah sosial akan timbul? Bukan apa pelik jugak bila ada yang berpendapat cam gitu. Bukan kah dengan ada nya carrefour nanti dapat memberi opportunity kerja pada org setempat jugak? Dengan ekonomi yg tak stabil ni boleh la org secure some jobs. Tapi again to relate social problem dengan hypermarket macam tak masuk akal. Sapa la yang sell the idea to orang orang yang pegang sepanduk berprotes semalam. Dan tentu hypermarket target group is family and working adults. Budak2 remaja sekarang mana nak melepak dan berdating kat hypermarket..tak cool kan? hehhe..mungkin ada la tapi takde la sampai alasan masalah social akan meningkat tu boleh diguna pakai...hehhe...
Dengan menghalang pembinaan hypermarket tidak la memberi kesan yang mendadak kepada masalah social yang memang dari zaman aku remaja sampai la ni tak abis abis. Banyak lagi resources lain yang menyumbang pada masalah ni. Tengok aje la kesan from borderless connection via internet, influence from MTV, U Tube..mcm mcm lagi..tak terpikir pulak aku hypermarket termasuk dalam senarai hitam aku hehhe..
apa ke hal?
2 Apa kata kata mu?:
aku rasa yg marah tu Tesco kut ? sebabnya dekat dgn kedai dia ????
the other hypermarket yg dekat situ is giant..maybe they all yg start the commotion.
Post a Comment