



Ari ni dah masuk 14 hari tahun 2009. Masih 'bau kedai'. Aku tak pasti dengan org lain tapi aku masih merasakan bahang bunga api malam tahun baru. Mungkin tidak semacam tahun tahun sebelumnya...tahun kebelakang ini cuma gegaran bunga api yang aku dgr sayup sayup atau mungkin itu imaginasi aku lepas aku tgk pak lah countdown kat dataran merdeka!! mungkinjugak
30 minit sebelum 2008 melabuhkan tirainya..aku menaip sms "sweet & simple" untuk semua teman teman yang memang selalu dekat di hati...to be honest saat ini aku memang teringat kat korang semua...kat mana la korang malam tahun baru ni!
Terus memori daun pisang menerjah ke kepala otak aku...memang tak dapat aku dan aku pasti sahabat ku juga lupakan ialah sambutan tahun baru menyambut 2001 di persekitaran klcc. Terjadinya sambutan ini adalah hasil kekalutan dan kegawatan sambutan tahun baru 2000..Y2K. Ntah macamana dan ntah apa yang aku pikirkan masa tu..sangup meredah lautan manusia di klcc. Aduh...ampun..menyesal pulak. Keghairahan dan mood tahun baru terus tengelam dalam lautan manusia...terus rasa nak balik. Aku dan beberapa teman yang jugak tidak berpikiran waras...sudahnya, kami berjalan kaki mencari jalan pulang, sebab tak sanggup lagi bersesak dan sesak napas dengan bau bauan berebut transport balik ke shah alam!!! ye u oll..shah alam... tapi kami hanya mampu berjalan hingga ke HRC..hehhe..and seriusly memory aku selepas tu dah deleted..tak de dalam kotak memory aku...lupa terus..hehhe
jadi selepas itu aku berazam tidak lagi akan ke klcc atau mana mana public gahtering hanya untuk melihat bunga api yang 15 minit itu..the best way is buat gathering sendiri, jemput kawan kawan, makan2, minum2, borak2, kira sampai 10 dan jerit!!! Dan yang paling best..tak payah bersusah payah perah otak cari jalan balik dalam lautan manusia dibawah sana!
Jadi la hasilnya sambutan 2001 yang akan terus jadi memori tahun baru yang tak akan we all lupakan. Takde la best sgt, its just that we have a lot of fun and lot of sshhhh! stories. All AMAB frens and partners were there, kecuali aku. Namun aku dah terbiasa kena tinggal. Kawan kawan yang menyinggah pun ramai jugak dan our peformer pada malam tu yang aku dah lupa nama dia..tapi ada iras tina turner dan ning baizura..hehhe.
Semua tu dah pun berlalu..dan sekarang after 8 years, aku di depan TV nonton Oprah. Cerita pasal tom cruise..sambil lipat kain yang dah berhari aku cuba lipat. Alief dan Dani dah lama masuk alam mimpi. Beb pulak dengan his usual teh tarik session ( dapat juga hidu udara tahun baru). Aku sorang dgn handphone di tangan, teringat semua memori tahun baru dan merindui teman teman dan cerah bunga api. Hanya sms jadi pengganti diri.
Tak sempat nak buat azam..bila bila pun boleh buat azam baru kan. Tahun ini aku setahun lagi tua..
banyak yang aku nak dan hajat kan!
Masih banyak yang tak lengkap..harap dapat lengkapkan tahun ni.
Banyak lagi yang aku nak cakapkan tahun ni..harap dapat cakap separuh pun dah ok
banyak yang aku nak buktikan, harap dapat cluenya
Banyak lagi buku nak baca, dan ada yang masih tak sampai mukasurat satu..harap aku tak beli lagi buku baru
Banyak lagi resipi yang aku nak try, buku resipi dah satu rak.
kena lebih banyak sabar..asyik hilang aje.
Banyak lagi lemak lemak degil dan tepu yang aku nak lenyapkan...asyik buat lemak baru aje!!!
Banyak lagi ilmu yang aku nak belajar..ilmu dunia dan akhirat.
Banyak lagi kasih sayang dan cinta aku nak curahkan pada suamiku. Tak pernah sikit
Banyak lagi masa dan sayang diminta dari alief dan dani...Aku lagi banyak sayang nak bagi diaorg...
Makin sikit jugak masa aku dgn mak pak aku! Masih banyak tak terbalas..harap dapat balas apa yang termampu..
Eh..ni bukan azam ker? Banyak je..
Selamat Tahun Baru!
1 Apa kata kata mu?:
selamat mengumpul azam je lah kalau macam tu heheheheh
Post a Comment